Mahfuz malukan orang Kedah...

mahfuz omar w

Orang bercakap soal kenaikan kadar tol, dia pun nak cakap tentang perkara yang sama. Bila tercetus sesuatu isu di negara kita, khususnya membabitkan pihak kerajaan, maka dia akan sebok tumpang sekaki mengeluarkan “hujah”nya yang tersendiri. Itulah Datuk Mahfuz Omar, bekas Naib Presiden PAS yang “ter”guling…

Bukanlah saya melarang Mahfuz untuk tumpang sekaki menghentam pihak kerajaan. Nama dia pun pembangkang, dan memang kerjanya membangkang sajalah, bukan? Namun kalau boleh, biarlah apa yang dihujahkan Mahfuz itu masuk akal, berpandukan Islam dan logik untuk diterima semua pihak. Maklumlah, bukankah dia “serba betul”…

Mahfuz berhujah, mengapa Kerajaan tidak mengambil alih saja syarikat-syarikat konsesi tol di seluruh negara sebagaimana yang dilakukan terhadap AES? Katanya, kalau kerajaan ambil alih syarikat-syarikat tersebut, kerajaan mampu mengekang harga tol dari terus naik.

Katanya, dia faham kadar tol terpaksa dinaikkan kerana merujuk kepada perjanjian konsesi pembinaan tol di antara Kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi terbabit. Jadi, Mahfuz berpendapat bahawa kalau Kerajaan mengambil alih syarikat-syarikat itu maka kerajaan boleh menyekat kenaikan kadar tol yang membebankan rakyat.

Saya betul-betul malu mendengar hujah “pak pandir” dari Mahfuz itu. Buat malu orang Kedah saja! Macam inikah tahap pemikiran seorang wakil rakyat dari Kedah? Teruk betul!

Saya tertanya-tanya, sebelum Mahfuz berhujah, apakah dia menggunakan akal yang dikurniakan Allah untuk berfikir? Atau dia kufur dengan nikmat akal itu dengan enggan menggunakan akal yang diberikan sebaik mungkin? Apatah lagi dia seorang pemimpin yang mewakili rakyat, apakah dia tidak berfikir panjang?

Tahukah Mahfuz bahawa pihak kerajaan perlu membayar berbilion-bilion ringgit kepada pemilik syarikat-syarikat konsesi tol itu jika berhasrat membeli semua syarikat tersebut? Mahfuz tahu kira atau tidak jumlah wang berbilion-bilion ringgit?

Adalah sangat berbeza harga membeli AES dari syarikat asalnya berbanding syarikat konsesi tol. Pampasan yang dibayar atas pengambil alihan AES hanyalah berjumlah ratusan juta ringgit, mahu dibandingkan dengan pampasan yang melibatkan harga berbilion-bilion ringgit? Mahfuz hilang akal, kah?

Saya mengesyorkan agar Mahfuz terlebih dahulu menggesa Khalid Ibrahim untuk membeli semua syarikat konsesi air di Selangor dengan harga yang ditetapkan pemilik syarikat-syarikat terbabit. Harganya hanya lingkungan RM9 bilion sahaja. Mengapa Khalid tak mahu beli keempat-empat syarikat itu dengan harga tersebut? Sebab harganya tinggi, bukan?

Kenapa Khalid tak beli syarikat-syarikat itu jika tindakan tersebut kononnya mampu memastikan masalah bekalan air bersih di Selangor dan Lembah Klang dapat diatasi? Bukankah pembelian itu juga demi kepentingan rakyat? Kenapa Mahfuz tidak paksa Khalid beli saja syarikat-syarikat terbabit? Sebab Khalid Ibrahim itu PKR dan Kerajaan sekarang ialah BN?

Saya tidak marah kalau Mahfuz mahu mengkritik kerajaan. Ini bukan pertama kali dia mengeluarkan hujah yang betul-betul “mentah” dan dangkal, sebelum ini sudah berkali-kali dia memualkan ramai pihak dengan hujah bodohnya itu. Sampai naik menyampah pula kalau dilayan…

Saya harap Mahfuz kerap-keraplah pulang ke Kedah, khususnya di Pokok Sena. Bukan apa, dia bukan lagi Naib Presiden PAS dan kini menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah. Dia membawa misi menjajah Kedah kembali pada PRU ke-14 nanti. Mahfuz ada ambil tahu tentang Kedah sekarang?

Kalau betul Mahfuz ambil tahu tentang PAS Kedah, apa strategi PAS Kedah untuk menjajah negeri Jelapang Padi itu nanti? Sudah ada strategi? Khabarnya akar umbi PAS makin kucar-kacir dan malas nak ambil pusing lagi soal parti yang hampir hancur dengan masalah dalaman yang tidak surut-surut. Betulkah?

Tentang kenaikan harga tol itu tak payahlah Mahfuz menyebok. Tol-tol yang dinaikkan kadar itu semuanya di Selangor dan Lembah Klang. Di parlimen Pokok Sena ada tol, tapi tak terlibat pun dengan kenaikan kadar tol. Jadi, tak payah campurlah. Biarlah orang yang ahli saja yang berbahas. Orang yang kurang IQ elok balik jaga kawasanlah… - mykmu.net