“Hari ini saya tak mahu pergi kerja kerana nak rehat buat selama-lamanya
kerana letih,” demikian kata terakhir Nazirul Akmal Yusparizan, 15,
kepada ibunya, Nor Hashidah Abdul Mutalib, 32.
Anaknya itu meninggal dunia kerana lemas di pusat peranginan Puncak Janing Sabtu lalu.
Menurut Nor Hashidah, anaknya itu keluar tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu ketika hendak pergi ke sana bersama tiga rakannya.
Dia berkata, sebelum ini anaknya selalu memberitahu kepadanya sebelum keluar dari rumah.
Bagaimanapun pada jam 3.30 petang Sabtu itu, dia mendapat panggilan dari seorang bapa rakannya memberitahu bahawa anaknya itu meninggal dunia kerana mati lemas di sebuah kolam pusat peranginan itu.
“Pada mulanya saya tidak tidak dapat menerimanya tetapi selepas melihat arwah di hospital barulah saya percaya itu adalah anak sulung saya. Apa pun saya tetap reda dengan pemergiannya itu kerana ALLAH lebih menyayanginya,” katanya .
Nor Hashidah berkata, memang sejak dua minggu sebelum kejadian itu dia melihat anaknya yang seorang peramah bertukar menjadi pendiam dan sering duduk seorang diri.
“Sebelum ini setiap kali kalau dia nak pergi atau pulang dari kerja, dia akan bermain dan mencium adik bongsunya, Nur Qistina tetapi di saat terakhir dia sudah arang bermain dengan adiknya itu,” kata Nor Hashidah yang tinggal di Kampung Kubu.
Menurut Nor Hashimah, jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Surau Kampung Kubu pada jam 10.30 malam itu.