Menurut laporan Globe Magazine United Kingdom, Ketua Monarki British,
Ratu Elizabeth hanya mempunyai masa sebanyak enam bulan sahaja lagi
untuk hidup.
Perkara ini didedahkan oleh Ratu kepada pewaris takhta kedua, iaitu
cucunya, Putera William dan isterinya, Kate Middleton, baru-baru ini.
Laporan terbaru dalam majalah itu turut mendakwa William mencetuskan
kemarahan nenenknya selepas dia melompat di pentas ketika acara amal
Istana Kensington dan menyanyikan lagu Livin’ on a Prayer bersama Taylor
Swift dan Jon Bon Jovi.
“Elizabeth memanggil William dan memarahinya kerana tidak sopan untuk
seorang bakal raja menyanyi di pentas dan dia mahu cucunya tidak
berkelakuan demikian pada masa depan,” kata satu sumber.
Namun William mempertahankan perbuatannya itu dengan mengatakan dia
mengetahui etika ahli keluarga diraja yang perlu dipatuhinya, tetapi
dalam masa yang sama William mahu rakyat menganggapnya sebagai ahli
keluarga diraja yang mudah didekati ramai serta berjiwa rakyat.