Bukan sahaja melampau dan tak melambangkan peradaban manusia
terpelajar, malah tindakan penuntut senior Institut Teknologi Nasional
ketika majlis orientasi penuntut baru atau Ospek ITN baru-baru ini telah
meragut satu nyawa.
Dalam gambar yang diedarkan di internet, dapat dilihat jelas
bagaimana para mahasiswa baru termasuk perempuan dipaksa berlakon
seolah-olah sedang melakukan seks.
Manakala dalam gambar lain, seorang peserta program kelihatan diterajang oleh senior di kepala.
Walaupun dianggap suka-suka, terbukti berlaku gangguan seksual malah
melibatkan kekerasan sepanjang program di Pantai Goa Cina, Desa
Sitiarjo, Kecamatan Sumbermanjing Wetan, Malang ini berlangsung.
Perkara ini diakui Wakil Rektor ITN Malang, Wayan Mundra.
Perbuatan tidak bertanggung jawab yang berlaku ketika kampus
menganjurkan Orientasi Kemah Bakti Desa (KBD), 13 Disember lalu turut
mengorbankan mahasiswa baru dikenali sebagai Fikri Dolasmantya Surya.
Kes berkenaan kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa sana.
Pada masa sama, ia mencetuskan kontroversi hingga banyak pihak yang
menyuarakan bantahan agar kekerasan di pusat pengajian dihapuskan.-MNH