DI era 80 – 90 – an , tidak ramai yang faham mengapa Presiden Iraq
ketika itu, Allhayraham Saddam Hussein membunuh sebahagian rakyat di
negaranya sendiri .
Berjuta-juta orang mengecam dan menyumpah serapah Saddam . Beliau ditahbiskan sebagai seorang pembunuh kejam .
Dua puluh tahun kemudian , terungkap bahawa orang – orang yang
dibunuh oleh Saddam tersebut adalah penganut mazhab Syiah di negerinya .
Selama lebih dari dua dekad , kenyataan itu dilindungi dan
disembunyikan oleh media Barat .
Sejak lama Saddam sudah tahu akan bahaya Syiah .
Di zamannya berbondong-bondong penganut Syiah dari Iran masuk ke
negerinya . Jika hanya sekadar tinggal , mungkin Saddam tidak akan
begitu peduli .
Namun para pengikut mazhab Syiah merosakkan semua tata cara kehidupan
sedia ada di bumi Iraq terutama dengan konsep kahwin mut’ah – yang
memang tak ada bezanya dengan pelacuran.
Saddam juga curiga dengan penduduk Syiah Iraq yang cenderung
menyokong kerajaan Syiah Iran. Saddam yakin mereka tidak akan
memperlihatkan kesetiaan kepada Iraq kerana fahaman mazhab melebihi
patriotisme kenegaraan.
Perang dengan Iran yang selalu Saddam sebut sebagai mewakili dunia
sunni dan arab di Timur Tengah menambahkan curiga Saddam kepada pengikut
Syiah.
Di rantau Timur Tengah sendiri , satu – satunya negara yang menyedari
kehadiran Iran sebagai negara Syiah adalah Iraq . Saddam – memerintah
hampir bersamaan dengan Khomeini pada tahun 1979 dari awal sudah
melihat pengaruh besar Iran ke Iraq dan negara-negara Arab yang lain .
Sejarah juga menunjukkan bahawa Iran adalah antara negara yang kemudian mendesak PBB untuk memerangi Saddam.
Beberapa ulama di Tanah Arab mengambil kesimpulan bahawa Saddam mati dalam keadaan khusnul khatimah.