Responden Cina, Majoriti Rakyat Mahu Kalimah "Allah" Untuk Islam Sahaja Di Malaysia

Majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini menolak kalimah Allah digunakan dalam kalangan bukan Islam, menurut satu tinjauan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (Umcedel).

Tinjauan yang dilakukan kepada 1,676 responden di seluruh Semenanjung dalam tempoh 6 hingga 8 Disember lalu menunjukkan sebanyak 58 peratus daripada mereka menyatakan kalimah suci itu milik eksklusif umat Islam manakala 26 peratus responden memberitahu mereka tidak pasti.

Apa yang menarik, daripada jumlah itu, sebanyak 21 peratus responden dari kaum Cina juga menolak penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam.

Pecahan status mengundi pula menunjukkan pengundi kali pertama adalah kumpulan yang paling banyak menolak penggunaan kalimah tersebut dalam kalangan bukan Islam dengan 64 peratus berbanding tidak pasti, 25 peratus.

Jelas tinjauan itu, masyarakat luar bandar merupakan pecahan terbesar yang bertegas dalam penggunaan kalimah berkenaan dengan 73 peratus berbanding 51 peratus di bandar.