Belum pun menginjakkan
kaki ke tahun 2014, puak-puak yang tertipu dengan perjuangan Anwar
Ibrahim sudah merancang untuk memulakan tahun baru dengan kekecohan dan
porak peranda. Belum cukup dengan himpunan yang dicemuh rakyat, kali ini
mereka cuba buat pasal lagi…
Pada malam 31 Disember 2013 nanti,
sekumpulan puak belaan Anwar Ibrahim merancang untuk mengadakan
“Himpunan Amarah Rakyat”. Kononnya himpunan itu bagi membantah kezaliman
BN yang menaikkan kadar tol, tarif elektrik dan barangan keperluan
(mungkin dimaksudkan GST).
Mereka meletakkan sasaran himpunan
disertai seramai 10,000 orang di malam tahun baru kali ini yang terdiri
dari aktivis, NGO, artis dan pemimpin-pemimpin politik pembangkang.
Mereka mendakwa Kerajaan BN menekan rakyat miskin yang kononnya tertekan
dengan tindakan tersebut…
Saya tertanya-tanya, apakah rakyat miskin
menggunakan lebuhraya yang bertol setiap hari? Setahu saya, rakyat yang
miskin tidak mampu untuk memiliki kereta dan mereka selalunya hanya
mampu memiliki motorsikal dalam kehidupan seharian. Malah ada yang hanya
mampu menggunakan perkhidmatan bas awam sahaja…
Pada saya, hanya mereka yang mampu saja
yang bersedia memiliki kereta. Orang miskin tidak mampu beli kereta dan
mereka lebih mementingkan keperluan asas hidup seperti makanan, pakaian
dan rumah sahaja. Selalunya mereka hanya mampu memiliki motorsikal
kerana belanjanya murah dan kos petrol yang sangat minimum.
Persoalannya, sejak bila pula motorsikal
dikenakan tol. Kalau dikenakan tol sekalipun, selalunya tol itu berada
di negeri Selangor dan Kerajaan Pakatan Haram sebenarnya berkuasa untuk
memansuhkan tol tersebut. Lagipun, kalau dikenakan tol untuk motorsikal,
kadarnya hanyalah seminimum mungkin…
Jadi, secara tidak langsung, hanya orang
kaya sajalah yang perlu bayar tol kerana berkereta di lebuhraya. Apatah
lagi saya lihat kebanyakkan rakyat kaya memandu berseorangan di
lebuhraya. Kalau mereka tak mampu sangat pun, sudah tentulah mereka
saling berkongsi kereta ke pejabat, bukan?
Kalau sudah mampu berkereta, selain perlu
bersedia membayar cukai jalan, insurans kenderaan, petrol, servis
kenderaan dan mampu menambah aksesori “lip lap lip lap” di kereta
masing-masing, sudah tentulah mereka juga perlu bersedia untuk membayar
tol.
Adak juga yang persoal mengapa BN naikkan
kadar tol sedangkan janji manifestonya mahu mengurangkan kadar tol di
bandar besar. Saya tertanya-tanya, tidak bolehkah kita bersabar? Sudah
tentu PM ada penjelasan mengenai janjinya itu.
Lagipun, BN belum pun sampai setahun
menang PRU13, tak boleh sabar, kah? Bukankah janji tersebut
diperjelaskan akan berlaku melibatkan kawasan bertol di bandar-bandar
besar dan BN mempunyai tempoh selama 5 tahun untuk melaksanakan
pengurangan kadar itu selama tempoh berkenaan. Bukankah sifat sabar itu
dipuji Allah berbanding buat kecoh dan demo tak tentu hala?
Mengenai kadar tarif elektrik, sudah
diperjelaskan PM secara ekonomi bahawa ia bakal menguntungkan rakyat
bagi jangka masa panjang? Lagipun, bukan semua pengguna terlibat. Orang
yang miskin tidak terlibat. Maksud saya, orang miskin selalunya tidak
memiliki “aircond”, peti ais besar dan selalu berjimat menggunakan
elektrik. Selalunya mereka tak perlu bayar pun bil elektrik…
Paling pelik, mengapa puak belaan Anwar
Ibrahim itu masih lagi cuba “spin” fakta mengenai cukai GST? Mereka tak
fahamkah bahawa cukai tersebut tidak dikenakan pada barangan keperluan
asas? Gula, susu, tepung, beras dan semua barang keperluan asas tidak
dikenakan GST. Tapi kalau mengada-ngada rasa kaya sangat nak makan ais
krim Baskin Robbin, kenalah bayar GST…
Pada saya, semua tindakan Kerajaan BN itu
sebenarnya mahu mengajar rakyat supaya mengamalkan budaya jimat cermat,
tidak boros, berwasatiah dalam hidup, ukur baju pada badan sendiri dan
membina tamadun pemikiran dunia kelas pertama di Malaysia.
Kebanyakkan negara-negara maju bertindak
begitu. Contohnya GST di Australia dilaksanakan seawal tahun 2000 dan
tidak ada pula rakyatnya yang bising-bising berdemo. Elok saja hinggakan
ramai kaum Cina yang memilih untuk berhijrah ke negara mengamalkan GST
itu. Jadi apa perlunya bising di Malaysia?
Kononnya himpunan itu membela rakyat?
Membela rakyat dengan slogan “amarah”? Tahukah puak-puak PKR itu bahawa
“amarah” itu berasal dari hasutan syaitan? Sebab itu kalau kita marah,
ustaz-ustaz suruh kita mengambil wudhu’ agar meredakan kemarahan kita.
Tapi amalan itu untuk umat Islam sajalah. Tak tahulah puak PKR itu
tergolong di kalangan umat Islam atau tidak…
Pada saya, puak-puak itu sebenarnya
bermotifkan politik. Mereka sebenarnya tidak berniat pun untuk membela
rakyat. Mereka sekadar mahu memenuhi nafsu serakah politik yang mengejar
kuasa di dunia tanpa mempedulikan rasional dan kewarasan akal yang
diterapkan Islam melalui ajaran Rasulullah SAW. Saja nak buat kacau
saja… Wallahu’alam…
Sumber: Mykmu.net