Syiah hina martabat wanita..!

Poster promosi nikah mutaah...
Saya ingin tahu mengenai nikah mutaah yang diperkatakan sesetengah pihak.

Apakah ia sebenarnya dibolehkan atau tidak dalam Islam? 

Abdullah
Selangor

Nikah mutaah secara umumnya adalah nikah kontrak yang menetapkan tempoh perkahwinan pada masa yang tertentu seperti sebulan, setahun dan sebagainya.

Apabila tamat tempoh itu, perkahwinan terbatal dengan sendiri dan jika ada anak yang lahir daripada perkahwinan itu, ia tidak dinasabkan kepada bapa atau suami perempuan berkenaan.

Pernikahan itu hanya diamalkan dalam mazhab Syiah berdasarkan hujah tertentu yang tidak tepat.

Seluruh mazhab Sunni termasuk mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali mengharamkan perkahwinan mutaah kerana ia tidak selaras dengan matlamat perkahwinan dalam Islam yang tidak mengehadkan waktu perkahwinan dalam tempoh tertentu.

Akad sedemikian dikira batal dalam Islam. Selain itu, ia juga dilihat sebagai menjatuhkan martabat wanita dan maslahat umum pembentukan sebuah keluarga.

Malaysia tidak mengiktiraf dan tak membenarkan pernikahan mutaah. Jika ia diamalkan oleh mana-mana individu, pihak berkuasa agama boleh mendakwa pasangan terbabit ke mahkamah syariah.

Umat Islam diingatkan supaya tidak terikut-ikut dan terpengaruh dengan aliran fiqah yang tidak selari dengan pendapat majoriti ulama. -Metro