Syiah takkan mampu "tambah" Al-Quran...

Bagi umat Muslim, sudah pasti tahu bahawa kitab suci Al-Quran merupakan antara mukjizat yang dikurniakan oleh Allah melalui Nabi Muhammad S.A.W Rasulullah untuk membuktikan kerasulan baginda kepada umat manusia ketika itu.

Allah S.W.T dalam ayat Al-Quran juga telah memberi jaminan bahawa kitab suci agama Islam itu akan dipeliharanya sehingga hari kiamat.

Dalam Surah Al-Hijr ayat ke-9, Allah S.W.T berfirman “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”

Satu video yang dimuatnaik di laman Facebook Gua TV Dot Com, dipaparkan seorang pensyarah yang bercerita mengenai kehebatan Al-Quran dihadapan pelajar-pelajar di dalam kelasnya.

Dalam video berkenaan, pensyarah berkenaan bercerita tentang satu tradisi umat Islam di masa lampau iaitu untuk menghafaz Al-Quran secara beramai-ramai.

Menurut beliau anaknya juga menghafaz Al-Quran pada masa lapang termasuk dengan dirinya.
Pensyarah itu berkata pada satu ketika, beliau datang ke Malaysia dan menjadi imam ketika bersolat jemaah di lapangran terbang.

Beliau tersalah membaca salah satu ayat Al-Quran ketika solat dan terjadi satu perkara yang begitu bermakna pada dirinya.

“Satu masa saya mengimamkan solat, dalam solat kita akan baca surah Al-Quran yang kita hafal.. Saya baca surah dengan kuat, ada budak (makmum) di belakang yang turut menghafal Al-Quran.

“Saya tersalah sebut satu perkataan dan budak di belakang saya membetulkannya,” katanya.

Menurut beliau lagi, melalui ribuan manusia yang menghafal Al-Quran inilah Allah memeliharan kitab suci itu daripada rosak atau hilang dari dunia ini.

Katanya, jika ditakdirkan semua Kitab Al-Quran didunia ini musnah, tiada salinan ‘hardcopy’ mahupun softcopy, insya’Allah umat Islam diseluruh dunia mampu menulisnya semula sebagai satu kitab yang lengkap dalam waktu yang singkat. 

Beliau berkata, semua individu yang menghafal Al-Quran akan dikumpulkan untuk menulisnya semula dan beliau percaya senaskhah lagi Al-Quran akan berjaya disiapkan dalam masa hanya 24 jam.

Lebih menakjubkan, selepas selesai Al-Quran tadi ditulis, apabila dilakukan perbandingan dengan Al-Quran yang sedia ada ianya tetap sama semua tulisan, baris dan bunyi bacaan tanpa ada perbezaan.

Beliau berkata Al-Quran yang ada di Malaysia tetap sama dengan Al-Quran yang ditulis semula oleh muslim di China, di Russia, di Indonesia, di Eropah, di Amerika dan mana-mana didunia sekali pun ianya akan tetap mempunyai satu versi yang sama, punya surah, juzuk, baris bacaan yang semua tetap sama.

Masya’Allah, inilah mukzijat agung yang diturunkan oleh Allah swt melalui kekasihnya Nabi Muhammad saw sebagai rahmat buat umat akhir zaman. Wallahualam. – MYNEWSHUB.MY