Topeng ini lambang REVOLUSI KRISTIAN..!

Ramai orang pasti bertanya-tanya siapa dan apa maksud dari topeng putih dan berkumis disertai berjanggut diberi gelaran Guy Fawkes yang kebanyakan dipakai di negara-negara Eropah dan Amerika yang sedang melancarkan aksi demonstrasi (kini di Malaysia).

Guy Fawkes (Edward blake?) adalah seorang rakyat asal Inggeris lahir 13 April 1570. Guy Fawkes juga adalah anggota kelompok revolusi Katolik Roman yang bersekongkol melawan kaum bangsawan Inggeris di tahun 1605.

Usahanya meletupkan pusat pemerintahnya yang didiami Raja James I beserta ahli keluarganya dan juga kaum bangsawan pada 5 November 1605.

Protes berjaya digagalkan oleh pihak yang berkuasa dan dia tertangkap pada 31 Januari 1660.
Sebenarnya Fawkes dan penyokongnya telah menyusun sebuah rencana yang sangat sulit, gerakan bawah tanah di “The House of Lords” (nama gelarannya) sebagai markas mereka dan menyembunyikan lebih dari ½ ton bahan peledak di sebuah tempat tersembunyi.

Tujuannya dari semua ini, Fawkes dan rakan-rakannya mahu longgarnya pengaruh kerajaan Sepanyol atas urusan Inggeris. Semasa penyiasatan dilakukan dia diasak agar memberitahu siapa lagi rakan yang terbabit tetapi dia tidak mendedahkannya.

Dia dijatuhi hukuman, digantung dan tubuhnya dikerat menjadi empat pada tahun 1606, tetapi di pelantar hukuman dia hampir berhasil memperdayakan tukang hukum, dia cuba melompat dan akhirnya mati kerana lehernya patah akibat lompatannya.

Cerita dari si Fawkes ini menjadi rujukkan didalam filem moden “V for Vendetta”.

Hari ini pemberontakan Guy Fawkes diperingati orang Inggris setiap tanggal 5 November, nama peringatannya “Bonfire Night”. Dari sejarah tersebut juga Alan Moore dan David Llyod mengilap kisah tesebut sebagai tokoh V dalam grafiknya V for Vendetta.

Maka V muncul pada 5 November 1997 memakai jubah hitam dan topeng Guy Fawkes. Ia membalas dendam kepada pemerintahan Inggeris Llyod mengatakan ada kesamaan misi diantara keduanya.

Kisah terlarang Llyod ini makin popular setelah difilemkan pada 2006 V For Vandetta (film) Topeng Fawkes yang makin dikenal itu dipakai demonstran pada 23 Mei 2009.

Pemakaian topeng Fawkes berlanjut hingga tunjuk perasaan Occupy Wall Street dan berbagai gerakan serupa di banyak negara, termasuk Occupy Indonesia dan Malaysia.

Topeng Guy Fawkes sama aktivis hacker yang terkenal di dunia masa kini iaitu Anonymous : ‘Hacktivisme’ merupakan bentuk baru protes yang dilakukan programmer canggih untuk melawan ketidakadilan sosial dan politik melalui pengodaman, termasuk Anonymous.

Meski tak ada unsur kekerasan, sebagian besar kegiatan hacktivisme adalah salah dan boleh disabitkan dengan akta yang termaktub dalam undang-undang negara terlibat.

Ramai kalangan kita menggunakan topeng ‘Guy Fawkes’ sebagai simbol kepada penentangan dan pembebasan rakyat. Tetapi ramai tidak tahu bahawa ‘Guy Fawkes’ merupakan seorang revolusioner Kristian yang menentang Raja James 1 untuk memastikan pemerintahan Monarki Kristian dan penguasaan gereja semula dalam masyarakat Eropah.

Boleh dikatakan ‘Guy Fawkes’ juga merupakan seorang misionari Kristian yang membantu penyebaran agama itu.

Jadi sebagai umat Islam, kalau kita boleh mengharamkan sambutan Valentine, sambutan itu dan ini kerana sesuatu sambutan itu berunsur keagamaan, kenapa pula harus kita menggunakan topeng ‘Guy Fawkes’ seorang pejuang Kristian yang berjuang untuk agamanya sebagai lambang kita? Jangan kita terperangkap dengan tipu daya Nasrani dan Yahuudi!

MOHON ORANG ISLAM JANGAN PAKAI TOPENG INI!!!