VIDEO EKSKLUSIF..!!! MAT SABU DAKWA SYIAH MAZHAB KE-5 - PART II

Terima kasih atas sambutan yang diberikan terhadap KedahNews.com ekoran pendedahan bersiri bagi merungkai persoalan "Mat Sabu Syiah?" yang kami utarakan sejak isu tersebut mencetus kontroversi aqidah di Malaysia.

Sebagaimana yang dijanjikan, KedahNews.com siarkan siri ke-2 pendedahan Ustaz Ashiq Ilahi mengenai isu yang meresahkan seluruh umat Islam di negara kita.

Ustaz Ashiq yang juga merupakan ahli Dewan Ulama PAS dan mudir Maahad Al-Fathani (lebih dikenali sebagai Pondok Bukit Kobah, Pendang) menceritakan pengalaman beliau menyiasat kebenaran di sebalik dakwaan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, yang dikatakan berfahaman Syiah.

Tidak bermaksud menuduh, Ustaz Ashiq membayangkan hasil siasatannya yang cenderung mengatakan orang nombor dua PAS itu mengamalkan fahaman Syiah berdasarkan rujukan dari guru-gurunya yang juga merupakan antara Ulama PAS Sunni yang disegani.

Berkongsi pengalaman membanteras fahaman Syiah, Ustaz Ashiq juga menceritakan bagaimana dia dituduh sebagai pembohong apabila dakwahnya bertentangan dengan ceramah Mat Sabu yang mendakwa Syiah sebagai mazhab ke-5 dalam Islam yang disampaikan Rasulullah SAW.

"Mereka mengatakan bahawa Syiah ini merupakan mazhab ke-5, mereka ambil (dakwaan syiah mazhab ke-5) dari ucapan Mat Sabu lah dalam ceramah dia" katanya ketika ditemuramah.

Ikuti selanjutkan rakaman video tersebut...


Ps: Video rakaman pendedahan seterusnya yang lebih mengejutkan akan dipaparkan esok. Terima kasih.