Video/Gambar: Bandar pelacuran terbesar di Asia, moga Malaysia tak jadi begini...

SONAGACHI adalah kawasan rumah pelacuran yang terbesar…bukan saja di India, tetapi juga di Asia!

Terdapat kira-kira 10,000 pelacur di daerah ini, yang mempunyai beratus-ratus rumah pelacuran bertingkat-tingkat, seperti sebuah apartment.

Kami memulakan pemantauan kami dengan melalui lorong-lorong seawal jam 8 pagi.
Kelihatan puluhan wanita sudah berbaris di tepi jalan, masing-masing melihat kami berlalu.



Pemandu arah memberitahu, kalau datang berseorangan, nahaslah…setiap dari mereka akan ‘merebut’ kami dan menawarkan harga!

Mungkin ada yang dah terbayang suasana tipikal rumah pelacuran di sini, wanita girang dan ketawa serta muzik yang membingitkan tetapi percayalah, segalanya tidak ada di Sonagachi.

Di sini anda akan melihat wajah mereka yang ‘suram’, walaupun tidak menangis tetapi kita dapat rasakan kesedihan di wajah dan hati setiap daripada mereka.

Ramai anak gadis yang baru berusia 13 dan 14 tahun telah ‘tercampak’ di lembah bernoda ini.
Majoriti daripada mereka terpaksa ‘melakukannya’ kerana kemiskinan yang melampau, tak kurang juga yang tertipu dan didagangkan oleh keluarga sendiri.

Itu belum lagi dikira pelacur tua yang lebih layak digelar nenek, merayu agar diberi sedikit wang – dengan tubuhnya yang ‘berlipat dan berkecut seribu’ sebagai tukaran.

Ada juga pelacur yang memberi ‘servis’ dengan anak kecil di sisi – neraka duniakah ini?

Anda lihatlah gambar di bawah, mungkin ia dapat menjawab keresahan saya.

Itulah dia, Sonagachi.

681538949_2vDdh-L-1
05
011
07
pros2ne0
Delhi-brothel-3
dan lihatlah ‘ikon’ Sonagachi yang paling ‘tepat’ untuk menggambarkan kekotoran kawasan ini
.
LAUTAN KONDOM DI SANA SINI!
BLOG02