PENYANYI Indonesia, Inus Daratista mengakui musim hujan yang tidak menentu telah mnegakibatkan perniagaan karaokenya terjejas.
Kata Inul, perkara tersebut sudah biasa dilaluinya pada setiap tahun apabila tibanya musim hujan.
"Pada kebiasaannya memang musim hujan bisnes juga akan menurun tapi
perkara itu memang sudah biasa berlaku setiap tahun," katanya.
Penurunan hujan yang agak teruk kali ini telah mengakibatkan beberapa
sudut ibukota dilanda banjir dan melumpuhkan semua aktiviti perniagaan.
Bagi mengurangkan bebanan mangsa banjir, Inu berkata, dia dan selebriti yang lain sedang merangka turun memberi bantuan.
"Saya sedang fikir bagaimana cara untuk membantu mangsa banjir dan buat kutipan derma kepada mereka," katanya. -Mstar