Kalimah "Allah": Titah DYMM Agong yang terkini

ALOR SETAR – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, menegaskan bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif milik umat Islam.

Justeru Baginda bertitah kalimah Allah itu perlu dihormati semua pihak dan dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain.

Perkara itu dinyatakan baginda melalui titah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-86 yang dibacakan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, selaku Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, di sini.

“Ketetapan sudah jelas dibuat misalnya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1986 bahawa beberapa istilah serta kalimah menjadi hak eksklusif milik umat Islam dan perlu dihormati.

“Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlulah dihormati,” titah baginda. – BH Online