Kedai paling KESIAN dalam dunia..!!!

DALAM perniagaan, pelbagai nama kreatif digunakan pemilik mereka untuk memajukan dan memasarkan produk atau perkhidmatan kepada orang ramai.

Di laman Kumpulan Facebook Persatuan Salah Cakap, dimuatnaik foto sebuah tempat makan yang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang yang menggunakan nama yang cukup kreatif.

Anda pasti tertarik untuk mengunjungi kedai ini dek kerana nama kedai itu yang cukup mencetuskan rasa simpati dalam kalangan orang yang terpandang kedainya.

Kedai makan berkenaan, namanya Kesian Cafe dan disifatkan sebagai lokasi menarik untuk bersantai dan menikmati makanan ketika waktu tengahari sekitar Teluk Bahang.

Di Kesian Cafe, turut dijual menu yang diminati pengunjung mereka iaitu Kesian Burger.

Kalau nak menarik pelanggan tu, macam-macam idea kreatif digunakan para peniaga.  


KesianCafe02