IDEA menghias kereta dengan pelbagai aksesori yang mahal harganya
sememangnya menjadi minat sebahagian besar pengguna kereta di negara
ini.
Biarpun mencecah ribuan ringgit, demi minat dan supaya kereta nampak
menawan ketika meluncur di jalan raya adalah keutamaan mereka.
Aksesori dari segi lampu, cat dan rim tayar sememangnya popular dengan pelbagai hasil yang kreatif.
Jika anda tinggal di sekitar Rawang, pastinya anda pernah terserempak
dengan kereta ini yang lengkap dihiasi dengan pelbagai jenis aksesori
yang hanya diperbuat daripada barang terbuang.
Bagaimanapun, aksesori yang digunakan oleh pemilik kereta ini
tidaklah mahal dan mungkin percuma kerana ia menggunakan tin-tin
aluminium yang kosong untuk menjadi penghias keretanya.
Gambar ini dikongsikan seorang rakan Facebook yang merakamkan foto berkenaan ketika beliau berada di Rawang.
Penulis agak, pemilik kereta ini mencari rezeki dengan mengutip tin-tin aluminium kosong sebelum dijual di pusat kitar semula.
Jangan pandang rendah, golongan yang mengutip tin ini kerana rezeki
mereka biasanya lebih tinggi daripada golongan bekerja tetap seperti
kita.. Silap-silap di rumah, siap ada Mercedez. - Mynewshub.my