Rahsia sebenar Mercedes Benz Mukhriz terbongkar

Selepas difitnah dengan teruk oleh pihak pembangkang isu pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz S350,MB Mukhriz telah tampil memberi penjelasan yang jelas dan sekaligus menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau.

Mercedes yang digunakan ketika ini adalah milik peribadi yang digunakan sebagai kenderaan rasmi untuk urusan sebagai menteri besar di Kuala Lumpur.

Kenderaan lama yang dibeli pada era pemerintahan kerajaan pimpinan PAS dan kerajaan negeri yang terdahulu masih digunakan.

MB Mukhriz meminta blogger-blogger dan cybetrooper pro-pembangkang berhenti dari membuat fitnah untuk menutup isu kereta mewah yang dibeli Guan Eng hanya beberapa bulan selepas kerajaan negeri pimpinan beliau membeli Toyota Camry.

Beliau ketika ditanya lebih lanjut enggan mengulas.“Banyak lagi hal penting perlu diberi tumpuan, bukan hal remeh seperti ini,” katanya kepada media.

Sementara itu baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah  melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.Justeru itu kerajaan negeri Kedah dilihat bakal mengikut tindakan kerajaan pusat dengan menggunakan Proton Perdana baru sebagai kenderaan rasmi.

“Kita sedang nantikan maklumat terperinci berhubung kelebihan menggunakan Proton Perdana baharu daripada pihak Proton","Toyota Camry yang sedia ada mungkin akan dijual kepada bekas-bekas exco selepas selesai proses pembelian kereta baru nanti"katanya kepada media.

Kerajaan PR Kedah pimpinan PAS sebelum ini telah menukarkan kereta rasmi daripada kerete jenis Proton Perdana kepada Toyota Camry dan Toyota Fortuner dengan kos sebanyak RM1.2juta untuk kegunaan barisan exco dengan alasan kos penyelenggaraan.-UtaraNews.