Rakyat Pulau Pinang Desak Jangan Jual Babi Terbuka

Berikutan penjualan daging babi secara terbuka yang di lakukan di sekitar Pulau Pinang , Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung bersama Islamic Solidarity and Charity Organization (ISCO) telah menghantar aduan rasmi kepada MPPP , MAINPP , Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Timbalan Ketua Menteri pagi tadi.
Tindakan ini di buat memandangkan mereka yang menjalankan perniagaan penjualan daging babi selama ini tidak langsung menunjukkan rasa hormat terhadap sensitiviti umat Islam khususnya di Pulau Pinang.
Penjualan secara terbuka itu antaranya di kesan berlaku di kawasan Georgetown seperti Lebuh Chulia, Jalan Kuantan, dan Jalan CY Choy.
Walaupun Pulau Pinang di bawah pentadbiran kerajaan DAP , tidak bermakna perkara seumpama ini boleh di lakukan dengan sewenang-wenangnya.Pihak berkuasa seperti MPPP,MAINPP seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menangani isu ini.
Kelihatan dalam gambar Saudara Yusmadi NKP UMNO Bahagian Tanjung menyerahkan surat aduan perniagaan babi secara terbuka kepada wakil YDP MPPP.
Adalah amat di kesalkan sekali tindakan sebegini berlaku di sebuah negeri yang di pimpin oleh seorang ketua menteri yang mengaku kagum dengan sifat khalifah Umat Abdul Aziz.
Antara aktiviti penjualan daging babi secara terbuka telah berlaku di Pulau Pinang sejak 2010 
Di mana hilangnya para pemimpin PAS rakan sekutu DAP di Pulau Pinang dalam menjaga hal ehwal Islam di Pulau Pinang ?
Memetik kenyataan Mat Sabu sebelum ini "Saya lebih rela makan babi bersama Guan Eng daripada makan ayam dengan Najib" menimbulkan rasa bimbang banyak pihak jika kata-kata Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang itu di jadikan sebagai alasan untuk membenarkan penjualan secara terbuka begini.
Di saat orang Melayu di tekan dengan isu perobohan gerai dan premis kini timbul pula isu penjualan daging babi secara terbuka yang tidak pernah selesai sejak 2010 yang lalu.
Apakah ada arahan dari mana-mana pihak yang mengarahkan supaya gerai dan penjualan ini tidak di ganggu ? 
DOUBLE STANDARD !!
-UtaraNews