KEPADA sesiapa yang bakal menonton video ini, anda kemungkinan
adalah antara beberapa ribu atau ratus orang sahaja yang berkesempatan
melihat proses ini yang cukup agung dan ia dilakukan dengan penuh
ketelitian.
Ini adalah kerana ia adalah rakaman video proses mengawet rambut
junjungan besar Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W yang diadakan di Abu
Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Penulis memperolehi video berkenaan daripada laman Facebook Majlis Cinta Rasul.
Ia dilakukan dengan begitu teliti oleh mereka yang dipilih kerana
kepakaran dan kasih sayang kepada Nabi Muhammad sahaja yang berhak
melakukan proses ini.
Helaian rambut baginda disimpan oleh Shaikh Ahmad Al Khazraji dan
sesekali ia dipertunjukkan kepada orang awam di rumahnya supaya mereka
dapat melihat anggota badan Nabi terakhir dalam sejarah kerasulan.
Shaikh Ahmad ialah anak kepada Shaikh Muhammed Al Khazraji iaitu bekas Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam UAE.
Beliau memiliki beberapa barangan dan tanda milik Nabi
Muhammad S.A.W, kerana beliau merupakan waris daripada puak Khazraj yang
merupakan antara puak terbesar di Madinah ketika zaman kehidupan
baginda Rasulullah.
Di dunia ketika ini, hanya empat bahagian anggota tubuh Nabi Muhammad
disimpan dan dijaga dengan baik di beberapa lokasi tertentu di seluruh
dunia.
Ia adalah janggut baginda, gigi baginda, bekas tapak kaki baginda dan rambut baginda.
Bagi rambut yang berada dalam simpanan Shaikh Ahmad, ia diperolehi
ketika Rasulullah bertahlul selepas tidak dibenarkan masuk ke Kota
Makkah sewaktu Perjanjian Hudaibiah.