Ustaz Don Daniel timang baby pertama... Tahniah!

Sekalung tahniah diucapkan buat pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid dan isterinya, Husna Mohd Zahry yang telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka, malam tadi.

Berita gembira itu dikongsikan Ustaz Don menerusi laman Facebooknya dengan menulis, “bayi selamat dilahirkan pada jam 4.25 petang sini, 10.25 malam di Malaysia”.

Husna bersalin di Mesir berikutan masih lagi melanjutkan pelajaran di sana dan akan kembali ke tanah air untuk berpantang penghujung bulan ini.

Walau bagaimanapun, Ustaz Don tidak menyatakan pula jantina anaknya, sebaliknya mengatakan bayi seberat 3.55 kilogram itu kini berada dalam keadaan normal dan sihat.

Untuk makluman, pasangan ini diijabkabulkan pada 23 Ogos 2012 di kampung halaman Husna yang terletak di Pulau Pinang.

Tahniah buat pasangan ibu bapa baharu ini! - Mynewshub.my