Bertindak
serta merta, Pengerusi Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air
dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan memaklumkan bahawa keadaan
penduduk flat Alor Malai yang terpaksa bergelap beberapa hari sebelum
ini akan pulih dalam masa terdekat.
Mengulas
pada media baru-baru ini, Badrul Hisham telah bertindak memaklumkan
kepada jabatan berkaitan tentang masalah penduduk flat berkenaan yang
terputus bekalan elektrik ekoran insiden peti jana kuasa utama di blok
mereka meletup dan terbakar baru-baru ini.
"Saya difahamkan pegawai jabatan bertanggungjawab, yakni bahagian
perumahan akan menerangkan situasi dialami kepada penduduk terbabit.
"Insyaallah, kesulitan mereka akan diselesaikan dalam tempoh terdekat
ini," katanya yang dipetik dari sumber, Sinar Harian, baru-baru ini.
Tidak
memilih atau mendiskriminasi rakyat yang berada di kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Derga yang diwakili ADUN DAP, Tan Kok Yew, Badrul
Hisham komited untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
Sebelumnya, beberapa anak muda baru
pulang menonton perlawanan bola sepak Piala FA di Stadium Darul Aman, di
sini dikejutkan insiden letupan dan percikan seakan-akan bunga api berhampiran flat terbabit kira-kira 1.30 pagi, Selasa lalu.
Dianggarkan
seramai 200 penduduk yang mendiami flat di blok berkenaan terjejas
akibat bekalan elektrik terputus sejak itu dan terpaksa bergantung
pertolongan dari beberapa rumah kampung berhampiran flat mereka untuk
menyambung wajar bagi bekalan elektrik sementara.
Meskpun
menyedari tentang bahaya yang dihadapi dari tindakan wayar sambungan
dari luar tersebut, penduduk flat berkenaan tiada jalan lain untuk
berhadapan risiko itu setelah enggan hidup dalam keadaan gelap dan tiada
bekalan elektrik di rumah mereka. -KedahNews.com