Alor
Setar - Tiada lagi amaran selepas ini, sebaliknya pihak berkuasa akan
terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang mengambil
kesempatan menaikkan harga jualan mereka sewenang-wenangnya.
Timbalan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),
Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, para peniaga sudah diberikan
amaran bekali sebelum ini untuk menurunkan harga barang, namun ada yang
ingkar pada arahan kerajaan pusat itu.
Selain
itu, pihak kementeriannya juga seolah-olah hilang sabar dengan
segelintir peniaga yang masih enggan mempamerkan harga barang, termasuk
harga barang kawalan, dan berikrar akan mengambil tindakan sewajarnya
terhadap sikap degil peniaga tersebut.
"Sebelum ini kita selalu memberi amaran kepada peniaga tapi sekarang akan mengambil tindakan terus tanpa amaran,
"Kita
sudah beri tempoh. Jika masih ingkar, mereka akan dikenakan tindakan,"
kata beliau yang dipetik dari Sinar Harian, semalam.
Ahmad
Bashah yang juga merupakan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Negeri Kedah yang mengetuai gerakan merampas kembali negeri Kedah dari
PAS itu memberi amaran agar para peniaga tidak menaikkan harga sesuka
hati selepas pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 pada 22
Februari ini.
Menyatakan
komitmen kementeriannya, beliau menegaskan bahawa pihaknya akan
sentiasa "turun padang" untuk memantau sekaligus mengambil tindakan
terhadap mana-mana peniaga yang menzalimi rakyat dengan menaikkan harga
barang. - KedahNews.com