CHANGLUN - Jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang menjelang
himpunan derita rakyat sebagai cubaan untuk menggambarkan rakyat sedang
menderita bawah pentadbiran BN.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pembangkang tidak sedar bahawa penderitaan itu sudah berlaku semasa pentadbiran mereka lagi.
Beliau berkata, penganjuranhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Baling pada 5 April ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab.
“Di tempat lain mereka anjur himpunan Reformasi 2.0 tetapi di Kedah dipanggil Himpunan Derita Rakyat.
“Cukup mudah bagi pembangkang untuk datang ke tempat kita dengan menganjurkan himpunan seperti itu. Apa saja yang mereka lakukan sebenarnya tidak pernah bagi penyelesaian kepada kerajaan negeri,” katanya ketika merasmikan Projek Sentuhan Kasih Felda dan Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Laka Selatan di sini, semalam.
Mukhriz berkata, kerajaan negeri sedar berlaku peningkatan kos sara hidup tetapi sudah membuat pelbagai program untuk membantu meringankan bebanan rakyat.
Menurutnya, antaranya membantu mendapatkan rumah kepada pasangan yang baru berkahwin serta pemberian subsidi RM30,000 kepada mereka yang membeli rumah mampu milik.
“Saya harap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan sebarang dakwaandan dakyah yang dilemparkan pembangkang.
“Mereka cuba mencetuskan kemarahan rakyat kepada kerajaan. Kalau berlaku pertukaran kerajaan sekalipun, ia tidak akan menyelesaikan masalah. Tidak ada apa yang mereka mampu buat selain melemparkan fitnah semata-mata,” katanya.
Pada masa sama, beliau kesal tindakan pembangkang yang cuba menyalahkan kerajaan dengan kejadiankehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.
“Kalau bukan kerana hubungan baik Malaysia dengan 26 negara luar, mereka tidak akan membantu kita menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370.
“Mereka bantu kita secara sukarela tanpa meminta sebarang pembayaran. Itu pun salah kerajaan,” katanya. -SH