Sejak akhir-akhir ini, antara berita paling hangat diperkatakan
adalah kisah Hanez Suraya yang dikatakan bercinta dan bakal berkahwin
dengan suami orang.
Gosip ini bagaimanapun ditepis Hanez Suraya
ketika ditemubual dalam satu program hiburan dengan alasan antaranya,
jika benar dia menjalin hubungan dengan suami orang sudah tentu dia
sudah lama diserang.
Ibarat kata-kata memakan diri, Berita Harian pada hari ini menyiarkan
kenyataan seorang wanita yang mendakwa dirinya isteri kekasih Hanez dan
secara terang-terangan menuduh Hanez merupakan penyebab keruntuhan
rumah tangganya.
Wanita bernama Nurliyana Abd Manan, 29, menyatakan selama ini dia
mengetahui hubungan suaminya dengan Hanez namun masih mampu bersabar.
Begitu pun kesabaran tidak lagi dapat dibendung lagi selepas Hanez
memuat naik gambarnya bersama anak-anak Liyana iaitu Putra Adreeshah, 8,
dan Putra Rayqarl Shah, 2 di laman Instagram.
Susulan itu, laman Instragram Hanez pada pagi ini dihujani komen mengkritik dirinya.
Memang panas… apa pun, nantikan saja cerita dari pihak Hanez yang akan terbit dari bibirnya sendiri tidak lama lagi.
Ini kerana Hanez sudah berjanji akan menjelaskan cerita sebenar kepada wartawan dalam satu sidang media yang akan dibuat khas selewat-lewatnya Rabu ini. – Mynewshub.my