Bandar
Baharu - Merapatkan hubungan dan cuba membentuk budaya mengamalkan
aktiviti sihat masyarakat setempat, Pusat Khidmat DUN Bandar Baharu
menganjurkan "charity car wash" untuk mengutip sumbangan bagi mengisi
Tabung Kebajikan Daerah Bandar Baharu.
Program
atas inisiatif Ahli Dewan Undangan Bandar Baharu, YB Norsabrina Mohd
Nor, dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagia Kulim - Bandar
Baharu dan Kolej Komuniti itu berlangsung meriah dengan sambutan hangat
dari penduduk setempat.
"Saya
cuba menerapkan aktiviti yang berfaedah bagi golongan muda di DUN
saya.. saya sendiri turun padang tolong basuh kereta bersama-sama
sukarelawan... saya mengharapkan aktiviti ini mampu merapatkan lagi
hubungan sesama warga DUN Bandar Baharu.
"Hasil
kutipan carwash ni akan kami sumbangkan pada Tabung Kebajikan Daerah
Bandar Baharu.. setidak-tidaknya, aktiviti ini mampu memberikan
sumbangan kebajikan para rakyat yang memerlukan," kata Norsabrina, puas
membantu pihak kurang bernasib baik di kawasannya.
Beliau
yang juga Exco Sains, Inovasi, Teknologi Maklumat dan Teknologi Tinggi
Kerajaan Negeri Kedah berkata, beliau akan meneruskan program-program
seumpama itu dari masa ke masa bagi menerap budaya hidup sihat di
kalangan masyarakat setempat.
Bertempat
di Dataran Bandar Baharu, keadaan gamat seawal pagi minggu ekoran
lokasinya yang bersebelahan dengan tapak pekan hari di mana ia turut
melonjak jualan produk-produk tempatan di sana.
Berikut adalah beberapa keping gambar yang dirakam di sepanjang program berkenaan: