PENDANG - Kebakaran di Hutan Simpan Kekal Bukit Perak, Sungai
Tiang, yang dilaporkan berlarutan sejak beberapa hari lalu sudah tidak
serius dan dalam pengawasan bomba walaupun masih kelihatan kepulan asap
dari puncak bukit, namun api yang menjulang tidak lagi kelihatan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Nazri Zakaria berkata, kesan kebakaran melibatkan kawasan seluas lima hektar dapat dilihat ketika tinjauan udara.
“Kebakaran dikesan berlaku dalam empat tompokan kecil, dianggarkan jumlah kawasan yang terjejas sekitar lima hektar. Pemantauan ketat sedang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Kedah bagi memastikan api padam sepenuhnya dan tidak merebak ke kawasan berdekatan,” katanya.
Menurutnya, penduduk yang tinggal berdekatan Bukit Perak tidak perlu panik berikutan kawasan terlibat jauh dari penempatan.
"Namun tidak dinafikan kesan kebakaran dapat dilihat penduduk pada jarak tertentu,” katanya.
Nazri berkata, Jabatan Perhutanan akan membuat pemantauan berterusan dan memaklumkan JBPM sekiranya ada tanda-tanda api kecil merebak dan dikhuatiri memudaratkan orang ramai.
“Kita turut merangka strategi jika berlaku kebakaran serius, iaitu dengan kerjasama Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk menggunakan Bombadier iaitu melakukan water bombing jika keadaan memerlukan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, hanya satu kes kebakaran hutan dilaporkan di Kedah.
“Ketika musim kemarau ini, JBPM Kedah menerima lebih 100 panggilan kecemasan dalam tempoh 24 jam iaitu peningkatan kira-kira lima kali ganda berbanding biasa,” katanya.
Kebakaran yang berlaku antara Januari hingga Februari ialah 735 kes berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak 445 kes.
Antara kes paling tinggi dicatatkan ialah kebakaran yang membabitkan hutan, belukar, lalang dan sampah terbuka iaitu sebanyak 498 kes.
“Kemungkinan faktor cuaca yang kita alami sekarang menyebabkan kawasan lalang, belukar dan hutan menjadi kering dan berisiko tinggi berlaku kebakaran,” katanya.
Penduduk, Shaharol Niza Omar berkata, kebakaran di hutan itu mula dikesan sejak 25 Februari lalu dan berlarutan hingga beberapa hari.
“Saya dan keluarga dapat melihat warna api kemerahan di puncak bukit itu walaupun jaraknya dengan rumah lebih kurang 15 kilometer. Ketika itu, api masih marak dan dapat dilihat dengan jelas,” katanya. - Sinar Harian