ALOR SETAR - Antara sedar mahupun tidak, kebanyakan golongan remaja
khususnya pelajar lelaki menjadikan hobi membaca komik sebagai kegilaan
dan menyimpannya sebagai koleksi peribadi mereka.
Sedangkan, kebanyakan komik yang datangnya dari luar negara seperti Jepun, Korea mahupun Taiwan ini sebenarnya memaparkan imej tidak senonoh sehingga memberi pengaruh negatif.
Realitinya, kebanyakan kita tidak sedar bahawa bahan bacaan ringan yang digemari ramai termasuklah kanak-kanak ini sebenarnya ada kalanya berunsur lucah.
Buku komik menghairahkan?
Tinjauan Sinar Harian mendapati ada pemilik kedai buku tertentu didakwa cuba berselindung di sebalik jualan buku biasa, sedangkan bahan bacaan berunsur luar seperti komik juga dijual.
Difahamkan, dengan hanya bermodalkan 50 sen, pembaca didakwa boleh menyewa, sekaligus membaca bahan bacaan kegemaran mereka termasuklah komik berunsur lucah sehingga habis di kedai berkenaan.
Malah, mereka dipercayai mudah memilikinya dengan bayaran serendah RM 4.50 hingga RM9.00 semata-mata kerana ia didakwa dijual secara tertutup di kedai buku pusat membeli belah sekitar kawasan ini.
Deretan buku komik kelihatan disusun rapi di kedai berkenaan, namun sungguh memalukan apabila sebaik membuka bahan bacaan terbabit, kelihatan gambar perempuan seksi dalam keadaan menghairahkan.
Meskipun, tinjauan mendapati bukannya semua bahan bacaan dipamerkan berunsur lucah, namun ia sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan apabila jelas terpampang lukisan perempuan bogel dalam komik itu.
Terkejut beli komik bergambar tidak senonoh
Seorang remaja hanya ingin dikenali Asrizal, 14, berkata, dia juga terkejut apabila mendapati beberapa buah komik dibelinya di pasar baru-baru ini rupa-rupanya mengandungi bahan bacaan tidak sesuai.
“Saya sememangnya gemar membaca komik tak kira apa jenis sekalipun kerana ia menghilangkan rasa tertekan, selain mengisi masa terluang. Bagaimanapun, ada komik dibeli mengejutkan diri saya.
“Jumaat lepas, saya membeli bahan bacaan terbabit yang dijual secara terang-terangan di sebuah pasar. Di situ, berbagai buku lama termasuklah komik juga dijual. Kami boleh pilih sesuka hati,” katanya.
Katanya, dia tertarik untuk membeli beberapa komik terbabit kerana harganya murah berbanding kebiasaannya, sedangkan sekiranya di kedai buku ia dijual sekitar RM5.50.
Menurutnya, dia sememangnya tidak menyangka komik terbabit akan memaparkan lukisan perempuan mandi dan tidak berpakaian sehingga menampakkan bahagian kemaluannya.
Asrizal berkata, dia kemudiannya memaklumkan perkara terbabit kepada bapa saudaranya, Aiman Haikal Hashim, 40, dan menyerahkan komik berkenaan kepada lelaki terbabit.
Hobi membaca komik perlu diawasi
Aiman Haikal berkata, meskipun komik terbabit tidak memiliki bahan erotik yang dikhuatiri menimbulkan keinginan seks luar kawalan, namun kekerapan membacanya akan mengubah persepsi remaja mengenai seks.
“Bayangkan, ia secara terangan-terangan menunjukkan tubuh perempuan. Itu baru sedikit, bayangkan jikalau ia menunjukkan aktiviti tidak senonoh lain hingga mengotorkan fikiran mereka,” katanya.
Katanya, dia bimbang golongan remaja seperti anak saudaranya cuba mencontohi apa sahaja yang menarik perhatian mereka, justeru hobi berkenaan mesti diawasi sebaiknya.
“Mungkin, kita sendiri terlepas pandang. Jadi, tidak boleh menyalahkan sesiapa. Kita tidak tahu mereka berkemungkinan dengan mudahnya boleh mendapatkan bahan bacaan sedemikian di belakang kita,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, dia memohon pihak bertanggungjawab supaya memantau perkara berkenaan demi memastikan bacaan bacaan sedemikian tidak dijual sewenang-wenangnya. -SH