ALOR SETAR - Lebih 30 keluarga di Kampung Kilat, Simpang Kuala, dekat
sini, tidak berpuas hati apabila tanah milik kerajaan negeri yang sudah
diduduki hampir 100 tahun akan diambil pemaju bagi melaksanakan Projek
Perumahan Rakyat (PPR) dengan pampasan tidak setimpal.
Mereka mendakwa, perbincangan demi perbincangan antara penduduk dan pemaju sejak setahun lalu tidak mencapai matlamat berikutan tawaran pihak pemaju sentiasa berubah.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK) Kampung Kilat, Abdul Rauf Hussain, berkata, penduduk tidak menentang projek perumahan yang akan dilaksanakan, sebaliknya memohon pampasan yang sepadan.
Menurutnya, pada perbincangan awal pemaju menawarkan nilai pampasan RM35,000 atau digantikan sebuah rumah baharu dan RM400 sebulan selama tiga tahun kepada setiap pemilik rumah.
“Jumlah RM400 sebulan itu sebagai duit sewa rumah sementara pembinaan projek itu siap. Pada awalnya kebanyakan penduduk sudah setuju dengan tawaran itu. Tetapi, pihak pemaju menarik balik tawaran berkenaan.
“Mereka mahu bayar RM35,000 atau ganti rumah saja, manakala urusan perpindahan penduduk sementara projek itu siap perlu ditanggung sendiri. Jadi penduduk tidak bersetuju memandangkan sukar untuk mencari rumah sewa serta kos sewa yang tinggi,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Tambahnya lagi, sebahagian penduduk yang setuju pula adalah terdiri daripada mereka yang sudah berpindah dari kampung atau mempunyai rumah dalam keadaan daif.
“Kalau kami setuju dengan tawaran itu, ia satu penganiayaan memandangkan harga pampasan yang rendah. Sekarang mana ada harga rumah RM35,000. Nak sewa rumah juga susah di kawasan ini.
“Penduduk di sini adalah generasi ketiga dan nenek moyang kami tinggal di kampung ini sejak hampir 100 tahun lalu. Tidak adil sekiranya kami dihalau keluar tanpa tawaran yang lebih baik.
“Justeru, kami berharap kerajaan negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini supaya semua pihak berpuas hati dan projek perumahan dapat berjalan dengan lancar,” katanya.
Seorang penduduk, Rohana Mohd Noor, 53, berkata, dia dan suami tinggal serumah bersama dua keluarga adiknya sejak mereka dilahirkan.
“Dalam rumah saya ada tiga keluarga dengan isi rumah seramai 19 orang. Adalah tidak wajar jika pihak pemaju menggantikan sebuah rumah sahaja untuk kami. Sekarang kami boleh bersesak-sesak sebab rumah kampung, saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaan kami jika tinggal di flet," katanya.
Dalam pada itu, difahamkan penduduk mendakwa pemaju juga akan mengambil tindakan merobohkan kediaman di kampung berkenaan sekiranya mereka tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan.
Kawasan penempatan setinggan itu membabitkan lebih 80 keluarga yang rata-rata bekerja sebagai peniaga kecil, pekerja kilang dan buruh.
Minta penduduk bertenang
Kerajaan negeri akan meneliti dan berbincang dengan pihak berkenaan bagi menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh sebahagian penduduk yang terlibat dengan PPR di Kampung Kilat, Simpang Kuala, dekat sini.
Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim berkata, penduduk diminta tidak bimbang kerana pelaksanaan projek perumahan itu dirancang demi kepentingan rakyat.
“Setiap projek yang dilaksanakan adalah demi kepentingan rakyat, kita minta penduduk terbabit bertenang supaya perkara berbangkit boleh dirunding untuk mencari penyelesaian terbaik," katanya. -Sinar Harian