GEORGETOWN - Tindakan penyokong Ultras Malaya yang membakar mercun serta
bom asap pada perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dengan
Filipina malam semalam disifatkan sebagai melampau.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyatakan kekesalan terhadap insiden itu dan menyifatkan ia sebagai memalukan imej negara.
Beliau berkata, kejadian membakar mercun dan bom asap sehingga menyebabkan perlawanan persahabatan itu terhenti semalam adalah kesalahan sangat serius dan tidak boleh diterima.
"Saya memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab yang bukan sahaja mengganggu perlawanan, malah mengancam keselamatan penyokong lain yang berada di situ," katanya katanya kepada media selepas melancarkan program `Wheels For All Global Cycling' dan penyerahan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) di Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.
Tambah Khairy, sebelum ini FAM sudah beberapa kali bertolak ansur dengan penyokong Ultras Malaya dengan pembakaran mercun dan bunga api, namun kali ini tindakan mereka tidak boleh dibiarkan lagi.
"Selama ini FAM bertolak ansur dengan penyokong Ultras Malaya terutama dalam insiden pembakaran mercun dan bom asap memandangkan sebelum ini, tidak hingga tahap mengganggu perlawanan.
"Tapi kejadian semalam saya rasa dah lebih sangat. Tindakan tegas perlu diambil, tidak boleh dibiarkan lagi.
"Sebelum ini, kita sudah ada perjanjian dengan penyokong Ultras Malaya supaya tidak mengganggu perlawanan, tetapi semalam mereka sudah melampau," katanya lagi.
Dalam insiden itu, penyokong Ultras Malaya secara tiba-tiba membakar bom asap dan mercun sehingga menyebabkan pengadil terpaksa menghentikan permainan selama lapan minit, setelah 31 minit perlawanan berlangsung.
Tindakan itu yang dilakukan di Stadium Selayang itu dipercayai sebagai tanda protes terhadap 30 tahun pentadbiran FAM.