LANGKAWI - Seramai 22 nelayan nyaris maut apabila bot menangkap ikan bilis dinaiki mereka terbakar dan karam berdekatan Pulau Dayang Bunting, pagi semalam.
Ketika kejadian, 20 awak-awak warganegara Thailand dan dua lagi warganegara Malaysia berjaya diselamatkan bot Maritim Malaysia, lebih kurang satu batu nautika di tenggara Pulau Dayang Bunting.
Ketua Penguatkuasa Wilayah Maritim Utara, Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata, tindakan pantas anggota Maritim berjaya menyelamatkan kesemua nelayan di atas bot pukat jerut bilis yang terbakar.
“Kebakaran dipercayai berpunca dari bilik jentera. Kejadian berlaku sekitar jam 10.10 pagi. Selepas menerima maklumat, dua bot peronda dari Daerah Maritim 1 Langkawi diarahkan segera ke lokasi,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua awak-awak terlibat berada dalam keadaan selamat.

"Ketika operasi menyelamat dilakukan, tiada sebarang tumpahan minyak dikesan di lokasi kejadian.
“Semua awak-awak dibawa ke Jeti Polis Marin Langkawi untuk tindakan lanjut,” katanya.
Katanya, Maritim berharap semua pihak dapat memberi kerjasama dalam menangani isu keselamatan di laut.
“Jika berlaku kecemasan di laut, hubungi terus talian MERS 999 atau 04-9662750 iaitu bilik operasi Daerah Maritim Langkawi,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah berkata, tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian menggunakan bot selepas menerima panggilan kejadian.
Turut membantu dalam operasi itu, bot nelayan yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.