Sungai Petani: “Ya Allah, Ya Allah... sakitnya.” Hanya itu mampu diungkapkan Hashim Ayob, 45, sambil menahan kesakitan untuk tempoh 30 minit ketika anggota bomba dan paramedik berusaha mengeluarkannya yang tersepit di dalam kereta selepas terbabit dalam kemalangan, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di kawasan selekoh Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil berhampiran Kampung Jerung, di sini, apabila kereta Proton Saga dinaiki mangsa bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm dari arah Sungai Petani.
Kemalangan berlaku selepas pacuan empat roda dipandu lelaki warga Thailand dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh kereta dua lelaki termasuk mangsa yang dalam perjalanan untuk menjala udang di Sungai Merbok.
Akibat kemalangan itu, kereta Proton Saga remuk teruk menyebabkan Hashim mengalami cedera parah dan tersepit hampir satu jam sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba, sementara kenderaan pacuan empat roda pula terbalik.

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan Hashim yang tersepit dalam kereta.
Manakala, rakan Hashim dikenali sebagai Hassan, 40, hanya cedera ringan dan pemandu sebuah lagi kenderaan pula cedera ringan di muka.