Amah terlepas hukuman gantung

Kota Bharu: Seorang amah warga Indonesia, Wilfrida Soik yang didakwa membunuh majikannya pada Disember 2010, terlepas hukuman gantung selepas didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas alasan kurang siuman.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan menyatakan tertuduh berada dalam keadaan kurang waras ketika kejadian itu. 
 

  
Dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung jika sabit kesalahan.

Foto
WILFRIDA gembira selepas Mahkamah Tinggi membebaskan beliau kerana kurang siuman. 
Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh pula diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Tania Scivetti dan Raftfizi Zainal Abidin.