Anak Che Ta dapat BMW X6

Anak Sulung Che Ta Bakal Dapat BMW X6
MEMANG bertuah sungguh bergelar anak kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta.
Apa tidaknya, anak sulungnya Ammar bakal dihadiahkan kereta mewah, BMW X6 atas kejayaannya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu.
Memetik laporan akhbar tempatan, kereta tersebut merupakan impian Ammar sebelum ini.
Khabarnya lagi, pembelian kereta itu akan dilakukan selepas urusan pembelian kereta untuk Che Ta sendiri selesai nanti.
Pelakon itu dikatakan sedang merancang untuk membeli sebuah kereta yang lebih besar untuk kemudahan mereka sekeluarga.
Fuh, untunglah muda-muda dah merasa bawa kereta mewah!