Anak Linda Rafar mengidap ketumbuhan kronik

Anak Linda Rafar Disahkan Hidap Ketumbuhan Kronik
Kasihan… pelakon Linda Rafar diuji dugaan hebat apabila anak keduanya, Rezaiman Keiflin, 12, disahkan menghidap ketumbuhan kronik dalam perut dan kini perlu menjalani rawatan untuk mengelak ia merebak.
Rezaiman yang sebelum ini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras selama tiga minggu kini menerima rawatan lanjut di rumah.
Difahamkan, Linda sudah menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk berikhtiar mengubatpenyakit anaknya sama ada melalui kaedah moden mahu pun tradisional.
Malah dia baru sahaja membeli ubat berharga RM12,000 untuk kegunaan anaknya itu selama 19 hari.
Memetik kenyataan Linda kepada laman web Astro Gempak, dia berterima kasih kepada bantuan yang diberikan kepada keluarganya namun pada masa sama berasa malu dan risau jika ada yang menyangka dia cuba mengambil kesempatan menggunakan alasan anak.
“Terus terang saya katakan, setiap bantuan yang kami sekeluarga terima saya terus masukkan dalam akaun Rezaiman dan terus fikir jalan alternatif lain untuk bantu lawan penyakit anak saya,” ujarnya.
Syed-dan-Family
Sememangnya, tiada ibu yang boleh berdiam diri jika anaknya bertarung dengan kesakitan. Bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban Linda, anda boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan kepada:
Akaun ASB
Rezaiman Keiflin
Nombor Akaun : 167579162
Nombor Kad Pengenalan : 002120 -114- 0927
Akaun Maybank
Azlinda binti Rafar : 114253247661 Maybank