Seorang lelaki warga emas dikejarkan ke hospital selepas diserang
sawan ketika melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya di sebuah
hotel, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 11.30 pagi itu menyebabkan teman wanitanya
berusia 20-an panik dan segera menghubungi talian kecemasan bagi
mendapatkan bantuan selepas lelaki berusia 60-an itu mengalami
kekejangan di seluruh tubuh.
Difahamkan, lelaki itu sudah mendirikan rumah tangga tetapi
dipercayai mengunjungi hotel terbabit bagi memadu asrama dengan wanita
berkenaan, dipercayai kekasih gelapnya.
Menurut sumber, sepasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
“Tindakan pantas paramedik Hospital Miri berjaya
menyelamatkan warga emas terbabit yang dipercayai kekejangan seluruh
badan selain mulutnya berbuih.
“Lelaki itu dilaporkan stabil sebaik menerima rawatan di hospital dan dibenarkan keluar hari ini (semalam),” katanya.
Menurut sumber itu, selepas disoal siasat, wanita terbabit mengakui
mangsa diserang sawan secara tiba- tiba ketika mereka melakukan hubungan
seks.
Sementara itu, jurucakap Hospital Miri berkata, pihaknya bergegas ke
lokasi kejadian sebaik menerima panggilan sebelum membawa lelaki itu ke
Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, keadaan lelaki itu stabil dan dibenarkan keluar sehari selepas itu. – Harian Metro