Tajuk blog berkenaan. |
Sebuah laman blog pro-PAS di Kedah mendakwa Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai penakut kerana melarang rakyat Kedah supaya tidak turut serta dalam himpunan Derita Rakyat di Baling, 5 April ini.
Menyifatkan ikon berkharisma rakyat Kedah itu sebagai "mula kecut perut", laman blog itu seolah-olah mencabar pasukan keselamatan, FRU, berdepan dengan mereka pada himpunan itu dengan gas pemedih mata dan meriam air.
"Harap2 hari Sabtu ni di Baling ada geng kepala merah tunggu siap dengan senapang botol gas dan water canon...
"Satu aja kata kami... Ada Kami Kesah...", kata pemilik blog itu tanpa rasa bersalah.
Mukhriz sebelum ini menggesa rakyat Kedah agar tidak melibatkan diri menyertai himpunan yang kononnya membela "derita rakyat" yang disifatkan sebagai taktik untuk menyemai rasa benci rakyat pada kerajaan pimpinannya.
Selain itu, Menteri Besar Kedah itu juga memohon agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan strategi "tagih simpati" himpunan berkenaan yang dipercayai dilakukan semata-mata bertujuan politik dengan memanipulasi emosi masyarakat. - KedahNews.com