Bukan minyak dari MH370

Tompokan minyak ditemui dalam usaha mencari pesawat MH370 semalam dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan kapal itu, menurut wartawan CNN.
Will Ripley berkata, perbualan beliau dengan pakar laut menyatakan keyakinan tompokan itu hampir pasti bukan milik pesawat malang berkenaan.
Bagaimanapun semua kemungkinan akan tetap disiasat.
Misi SAR
Persoalan yang timbul ialah bagaimana boleh wujud tompokan minyak yang besar di permukaan air jika MH370 setakat ini dipercayai terhempas di Lautan Hindi akibat kehabisan bahan bakar itu.
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston mendedah mengenai penemuan itu semalam.
Beliau bagaimanapun berkata, analisa terhadapa tompokan itu akan memakan masa beberapa hari kerana ia perlu dibawa ke darat terlebih dahulu.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China, dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
sumber-Mynewshub