Chong Wei ke suku akhir

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei serta beregu lelaki negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong terus mengibarkan cabaran negara apabila melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura, semalam.
Chong Wei yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Siri Super Terbuka India Ahad lalu, berada dalam kelasnya tersendiri apabila mudah menjinakkan pemain muda China, Chen Yuekun 21-11, 21-6 dalam masa 30 minit.

“Pasangan Thailand itu memberi tentangan sengit. Mereka bermain dengan baik dan sering memerangkap kami hingga kerap melakukan kesilapan mudah.
Foto

“Tapi kami tetap gembira kerana dapat melepasi pusingan ini dan fokus kini menjurus kepada peringkat suku akhir. Tidak kisah siapa lawan, yang penting tahap keyakinan kami tinggi dan akan cuba berikan aksi terbaik,” kata Thien How, semalam.

Sementara itu beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terpaksa mengucapkan selamat tinggal apabila tewas kepada pasangan China, Cheng Liu-Yixin Bao dalam pertarungan tiga set berkesudahan 21-17, 12-21, 21-12.

Turut pulang awal satu lagi beregu campuran negara, Ong Jian Guo-Lee Meng Yean yang tunduk kepada pasangan Indonesia, Widianto Riky-Dili Puspita Richi 21-16, 21-15 serta beregu lelaki, Chow Pak Chuu-Mak Hee Chun yang tewas di tangan beregu Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Shin Baek Choel 21-17, 21-18.