Cikgu terima kejutan hari lahir

VIDEO: Cikgu Kena ‘Prank’ Sempena Birthday 1 April
Kasihan pun ada melihat cikgu dalam rakaman video di bawah, terkejut sampai nak pengsan dibuatnya bila diberikan kejutan oleh para pelajar pada 1 April lalu.
Selain sempena April Fool, kejutan tersebut diberi kerana hari itu merupakan hari lahir cikgu terbabit.
Dalam rancangan yang dipercayai diatur rapi itu, pelajar lelaki yang sudah berpakat berpura-pura bergaduh dengan ganas sebaik sahaja melihat cikgu tersebut tiba lalu cuba meleraikan mereka.
Kemudian tiba-tiba, pelajar perempuan pun muncul bersama kek sambil menyanyikan lagu selamat hari lahir.
Dari satu segi memanglah sweet kejutan ini tapi bayangkan kalau cikgu mereka itu ada sakit jantung? Itu pun macam nak tercekik saja kalau dilihat cara dia menghembus lilin kek sebab terlalu terkejut.
Apa pun, kami pasti cikgu ini pasti ‘teacher favourite’ para pelajar sebab kalau tidak, tak mungkin para pelajarnya berpakat ramai-ramai sampai begitu sekali untuk memberikan kejutan. 
sumber - Mynewshub
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=pDZ-p-0uyoE