EVO 10 polis "ligan" EVO 7 sampai terbalik..!

Tak sia-sia anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dibekalkan dengan kereta peronda polis (MPV) jenis Mitsubishi Evolution-X (Evo-10).

Dalam kejadian semalam, anggota polis yang memandu Evo10 telah berjaya memintas sebuah kereta dipandu suspek yang disyaki mempunyai rekod jenayah.

Suspek yang menaiki kereta Evo7 pada mulanya cuba melarikan diri dengan memecut laju sebaik dikesan di Taman Connaught menuju ke Taman Bakti, Ampang.

Namun usaha itu tidak berjaya dan berakhir apabila kereta tersebut akhirnya terbabas dan terbalik di MRR2.

10256903_680705805309636_1428633333883328044_n
Pemandu lelaki dan tiga penumpang wanita di dalam kereta tersebut kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut.
Fullscreen capture 492014 62252 PM
Plat nombor kereta Evo7 yang digunakan suspek turut disahkan palsu.  

Sumber: Mynewshub