FAM PILIH BULU : DATUK SERI AHMAD SAID

Tangan ghaib?


MB Terengganu bidas FAM gagal buat keputusan berani insiden ‘Terowong Larkin’

Kuala Terengganu: "Letak jawatan atau tarik diri jika tak berani buat keputusan. Jangan ‘lari kepala’ (lepas tangan) kerana kita ada tanggungjawab,” kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Reaksi itu ditujukan kepada Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang disifatkan membuat keputusan terpilih atau ‘pilih bulu’ kerana hanya menjatuhkan hukuman denda RM30,000 terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan di stadium sehingga mencetuskan insiden 'Terowong Larkin'.


Ahmad berkata, anggota jawatankuasa terbabit perlu menarik diri atau melantik anggota lain kerana tidak mampu memikul tanggungjawab dan membuat keputusan secara adil.

Mesti dikenal pasti


“Saya pelik sebab atas sebab keselamatan, FAM jatuhkan hukuman kepada JDT kerana gagal sediakan kawalan keselamatan sedangkan ‘siapa’ yang sebabkan benda itu tak selamat... mesti dikenal pasti dan dijatuhkan hukuman.

“Jika kita sebagai hakim atau jawatankuasa disiplin buat keputusan secara terpilih atau tak berani buat keputusan, letak jawatan kerana tak mampu berlaku adil. 
“Lebih baik tarik diri dan beri orang lain jalankan tanggungjawab. Jangan lari kepala kerana kita ada tanggungjawab,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO, di Wisma Darul Iman, semalam.


sumber : BERITA HARIAN