Apa tanggapan anda ketika pertama kali terlihat gambar Shila Amzah ni?
Pasti anda menyangkakan penyanyi berbakat besar ini hanya memakai
skirt pendek sambil menggenakan hijab yang sememangnya menjadi imej
Shila sejak dua tahun lalu.
Namun, jangan salah anggap, kerana sememangnya Shila berseluar,
tetapi dia memakai seluar jegging berona kulit, memberikan ilusi
seolah-olah dia tidak memakai seluar dan hanya menggayakan skirt pendek
berwarna biru gelap.
Gambar ini difahamkan diambil ketika anak gadis ND Lala sedang membuat persembahan di China, baru-baru ini.
Hmm, nampak tak selari pula cara pemakaian begini dengan imej Shila.
Memang tak salah nak bergaya ‘up to date’ tetapi haruslah tahu batas-batas pemakaiannya sebagai seorang yang membawa imej Muslimah sejati.
Diharapkan Shila lebih peka tentang pemakaiannya selepas ini ya! – Mynewshub.my