KUALA LUMPUR – Imam Besar Masjid Negara
Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad merayu Presiden Amerika Syarikat Barack
Obama supaya menghentikan penindasan terhadap masyarakat Islam di
seluruh dunia.
Beliau mengambil peluang untuk
menyuarakan hasratnya kepada Obama semasa mengiringi Presiden Amerika
Syarikat itu dalam lawatan ke Masjid Negara dan Makam Pahlawan di Jalan
Perdana di sini pagi ini.
Obama dalam jawapannya kepada permintaan itu berkata “doakan saya,”
kata Ismail kepada pemberita selepas lawatan Obama ke kedua-dua monumen
terkenal itu di sini.
Beliau berkata, Obama juga berkata bahawa setiap hari apabila bangun
dari tidur, beliau sentiasa berusaha untuk menghentikan penindasan dan
konflik membabitkan masyarakat.
Ismail, 70, juga melahirkan keterujaannya tentang pertemuan
bersejarah dengan Obama, iaitu yang kedua bagi beliau dengan seorang
presiden Amerika Syarikat yang memegang tampuk kuasa.
Pertemuan pertama ialah dengan Presiden
Lyndon B.Johnson pada 1966, kira-kira 48 tahun lalu apabila beliau baru
berusia 22 tahun dan menjadi pelajar tahfiz.
“Saya tidak menyangka bahawa saya akan menemui seorang lagi Presiden
Amerika Syarikat dalam hidup saya selepas hampir 50 tahun,” kata beliau.
Ismail juga kagum dengan kebolehan Obama untuk memahami bahasa
Malaysia apabila beliau kadang-kadang bertutur dalam bahasa itu dengan
Presiden Amerika Syarikat.
Di sebalik perbendaharaan kata yang terbatas, Obama kerap kali menjawab “Insya-Allah” dan “Terima Kasih,” katanya.
“Memang baik baginya walaupun beliau tidak boleh banyak bertutur
dalam bahasa Malaysia tetapi beliau memahami apa saya memberitahu kepada
beliau,” kata Ismail sambil tersenyum.
Lawatan Obama ke Masjid Negara merupakan
aturcara pertama pada hari kedua lawatannya ke Malaysia dan lawatan ke
masjid berkenaan menandakan penerimaan beliau kepada amalan
kesederhanaan dalam Islam di negara ini yang majoriti penduduknya yang
berjumlah 30 juta beragama Islam.
Obama, yang tiba semalam untuk lawatan negara selama tiga hari ke
Malaysia, diiringi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin selaku
Menteri Pengiring dan Duta Khas Amerika Syarikat ke Pertubuhan Kerjasama
Islam, Rashad Hussain.
Selepas lawatan Obama, Ismail mengadakan pertemuan singkat dengan
Rashad yang menyentuh tentang perbankan Islam, program pembangunan
usahawan Muslim dan hab halal.
Ismail berkata Rashad melahirkan rasa kagum Amerika Syarikat terhadap
sistem perbankan Islam yang dilaksanakan di negara ini dan berminat
untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
“Dan dari segi undang-undang, tidak kira
anda orang kecil atau orang besar, kita mempunyai hak samarata untuk
mendapatkan keadilan dan saya fikir anda juga berpegang dengan prinsip
ini,” kata Najib.
“Percayalah bahawa Malaysia komited dalam menegakkan kedaulatan
undang-undang, kebebasan badan kehakiman dan kebebasan sivil,” tegasnya.
Sementara itu, Obama berkata isu seperti hak asasi manusia, kebebasan
sivil dan kebebasan akhbar tidak pernah tersisih daripada agenda dalam
pertemuannya dengan pemimpin-pemimpin lain dunia dan begitu juga dalam
pertemuannya dengan Najib.
Presiden berkata pandangan kononnya Malaysia tidak berbuat secukupnya
untuk menangani kebimbangan itu mungkin tidak sepenuhya mencerminkan
pembaharuan yang telah dibuat oleh Najib.
Obama menegaskan bahawa beliau tidak akan bertemu dengan Anwar pada
lawatan ini juga dengan sendirinya bukan membayangkan kurang prihatin
terhadap isu seumpama itu, tetapi atas hakikat bahawa “banyak orang yang
saya tidak temui dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang saya tidak
temui”. – BERNAMA