Pada 7 April ini, satu kumpulan besar penggodam akan melancarkan
serangan siber terhebat dalam sejarah untuk melumpuhkan Israel dari segi
keupayaan siber.
Projek dinamakan opisraelbirthday akan menghimpunkan penggodam
ternama dari dunia Islam dan penggodam bukan Islam yang bersimpati
dengan nasib masyarakat Palestin yang ditindas rejim Israel.
Lebih 9,000 website dirancang untuk dimusnahkan atau dijatuhkan.
Jika merujuk kepada laman web opisraelbirthday, sudah 478 laman web
Israel berjaya diceroboh para penggodam walaupun tarikh sebenar perang
siber itu masih beberapa hari ini.
Tahniah dan doa yang terbaik kepada mereka kerana apa yang mereka lakukan itu hanya Allah SWT sahaja yang mampu balas.
Sekurangnya Israel akan menerima mesej jelas bahawa anak muda Islam
akan bertindak dalam pelbagai bentuk untuk membela saudara kami di
Palestin.
Berikut adalah mesej yang diterima Mynewshub daripada salah seorang
ahli Anonymous Malaysia mengenai rancangan serangan berkenaan.
Anonymous (Hacker) akan melancarkan serangan terhadap Israel pada 7
April 2014 terhadap laman web Kerajaan Israel dan seluruh page dari
Israel termasuk akaun bank dan server dari Israel sekali gus melenyapkan
Israel dari laman cyber sebagai bantahan atas serangan Israel terhadap
rakyat Palestin…
Anonymous juga mengajak seluruh Hacker Muslim di dunia untuk menyertai mereka 7 April ini..Can’t wait for that …