SUNGAI ULAR – KEDAH. Penduduk di sekitar Sungai Ular dan Kampung Permatang Tok Dik meminta kerjasama pihak terlibat supaya melebarkan jambatan sedia ada kerana terlalu sempit dan ia sering mengakibatkan kemalangan.
Pemandu van, Rizal Mat Saad berkata, jambatan di Sungai Ular dan Sungai Anak Kulim, harus diperlebar kerana sering berlaku kemalangan.
Menurutnya, selain keadaan jambatan yang sempit, kawasan itu juga tidak disediakan kemudahan lampu jalan.
Katanya, baru-baru ini sebuah kereta jenis Perodua Kelisa merempuh besi penghalang jambatan mengakibatkan besi itu menembusi kenderaan terlibat.
“Sebagai pemandu yang menggunakan jalan itu setiap hari, saya berasakan ia harus diperlebar dengan segera.
"Jika diperlebar, ia memudahkan kenderaan seperti bas dan lori untuk lalu,” katanya.
Pekerja industri, Safarudin Ahmad yang tinggal di Kampung Tok Betok berkata, dulu laluan di antara jalan Sungai Ular sememangnya tidak banyak kenderaan kerana ia terlalu gelap.
"Bagaimanapun setelah pembinaan kawasan perindustrian Hi-Tech, jalan itu sudah menjadi laluan utama bagi pekerja yang tinggal di Terap dan Serdang.
“Jambatan ini memang sempit. Ia hanya sesuai untuk dua kereta berselisih sahaja. Apa yang berlaku hari ini, jambatan itu turut digunakan kenderaan berat seperti bas kilang dan treler.
"Saya berharap supaya jambatan itu dapat diperlebar bagi memudahkan kenderaan berat melaluinya, selain mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku di situ,” katanya.
Sementara itu, Adun Kulim, Chua Tiong Gee berkata, masalah yang diketengahkan oleh pengguna jalan raya adalah benar dan beliau akan memanjangkan cadangan untuk memperlebar jambatan itu dalam mesyuarat Adun akan datang.
“Saya akan memanjangkan masalah ini kepada Exco kerajaan negeri terlibat.
"Masalah jambatan sempit ini harus diselesaikan untuk menjamin keselamatan penggunanya.
"Saya berharap pengguna memberikan masa kepada saya supaya masalah ini dapat diselesaikan,” katanya.