Sebuah pusat jagaan orang tua di Long Island, New York disaman kerana
mengupah seorang penari separuh bogel untuk menghiburkan
penghuni-penghuni di pusat jagaan tersebut.
Anak kepada seorang penghuni, Franklin Youngblood yang berang dengan
tindakan pihak pengurusan tersebut mengambil keputusan untuk menyaman
kerana merasakan perkara itu tidak sesuai diadakan di sebuah pusat
jagaan orang tua.
Perbuatan itu tersebar selepas Franklin ternampak gambar ibunya yang
berusia 85 tahun sedang memasukkan wang di dalam seluar dalam penari
lelaki tersebut.
Menurutnya lagi, dengan keadaan ibunya yang uzur dan tua, pastinya ibunya kurang memahami tarian ‘lucah‘ sebegitu sekali gus mendakwa pusat pengurusan sengaja mempergunakan penghuni-penghuninya dengan aktiviti kurang bermoral.
Sumber: Mynewshub.my