PERTH – Kapal Tentera Laut Australia mengesan isyarat di dasar laut yang konsisten dengan isyarat yang dipancarkan dari sebuah kotak hitam sebuah pesawat, kata Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.
Bunyi itu datang dari kedalaman 4,500 meter di dasar laut.
” Kita ada petunjuk visual di skrin, kita juga memperoleh bunyi, ” katanya.
Beliau berkata, isyarat itu adalah “amat menggalakkan” tetapi memerlukan beberapa hari untuk mengesahkan sama ada isyarat itu adalah dari kotak hitam pesawat MH370.
Katanya, lokasi isyarat itu perlu dikaji lebih mendalam dan selepas itu, peralatan dasar laut boleh dihantar untuk menyiasat.
sumber – AP