Ketua Pemuda Gerakan MIC kritik Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Gerakan dan MIC mengkritik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu seorang mualaf didakwa menculik anaknya daripada ibunya baru-baru ini.
Ketua Pemuda Gerakan, Tang Keng Liang mempertikaikan tindakan Ahmad mempertahankan keengganan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak ke atas mualaf tersebut dengan alasan hal itu melibatkan konflik keputusan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi.
“Pemuda Gerakan berpendapatan pihak polis sekurang-kurannya perlu menyiasat kes itu dan merujuknya kepada Peguam Negara jika terdapat isu perundangan dalam hal tersebut.
“Seolah-olah ada pertindihan bidang kuasa bertindih antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah mengenai perkara yang melibatkan penukaran (agama) pasangan suami atau isteri apabila salah satu pasangan enggan menukar (agama) anak mereka,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
S.Deepa sebelum ini mendakwa bekas suaminya Izwan Abdullah menyerangnya dan mengambil seorang anak mereka. Insiden itu didakwa berlaku dua hari selepas Mahkamah Tinggi Seremban memberikan hak penjagaan kepada dua anak mereka.
Keputusan itu didakwa bertentangan dengan keputusan mahkamah syariah sebelumnya yang memberikan hak penjagaan kepada Izwan yang mengislamkan anaknya tanpa pengetahuan Deepa.
Sehubungan itu, Keng Liang mahu undang-undang lebih jelas supaya Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menukar agama kana-kanak tanpa persetujuan kedua ibu bapa dan tidak boleh memberi hak jagaan kepada yang belum menukar agama tanpa persetujuan ibu bapa.
Justeru, katanya, Kabinet perlu mencari penyelesaiaan terhadap isu tersebut kerana kenyataan Ahmad Zahid enggan mengambil tindakan terhadap perkara tersebut menunjukkan pendirian kerajaan terhadap isu tersebut.
“Pemuda Gerakan berharap Kabinet akan mengambil langkah di Parlimen untuk menangani pertindihan bidang kuasa ini. Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang perlu bekerjasama dalam hal ini. Hal ini melebihi kepentingan politik,” dakwanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, C.Sivarraajh mendakwa pendirian Menteri Dalam Negeri berhubungi isu tersebut tidak bertanggungjawab dan seolah-olah mahu lepas tangan dalam perkara berkenaan.
Dakwanya, Ketua Polis Negara pula tidak sepatutnya mengelak daripada menyelesaikan isu tersebut kerana beliau merupakan ketua penguatkuasa undangundang dan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
“Polis perlu menjalankan tugas mereka ke atas orang awam dengan memainkan peranan untuk mendapatkan semula kanak-kanak tersebut kepada Deepa. Ketua Polis negara perlu akur kepada keputusan Mahkamah Tinggi,” dakwanya lagi.
sumber – mynewshub.my