Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR yang tidak menghadiri sesi Dewan
Undangan Negeri (DUN) supaya lebih peka dengan tanggungjawab mereka
sebagai wakil rakyat.
Beliau bagaimanapun berkata dirinya tidak dapat menghalang sekiranya
Adun tidak hadir bersidang semata-mata mahu kerana berkempen sempena
Pemilihan PKR 2014.
“Tak ada apa-apa (masalah) tapi saya harap mereka akan ingat tanggungjawab mereka kepada rakyat.”
Beberapa Adun PKR termasuk Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa), Dr
Xavier Jayakumar (Sri Andalas), Suhaimi Shafie (Seri Muda) dan Yaakob
Sapari (Kota Anggerik) hari ini dilihat tidak hadir sesi penggulungan
ucapan titah Diraja DUN.
Ketidakhadiran mereka dikatakan kerana menjelajah beberapa negeri di
utara semenanjung untuk berkempen sempena pemilihan PKR yang akan
berlangsung Mei ini.
Azmin akan mempertahankan kerusi Timbalan Presiden dan bersaing
dengan Khalid, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk K
Ramachandaram.
Manakala Xavier akan bertanding dengan 14 calon lain merebut salah satu kerusi Naib Presiden PKR.
Sumber: The Malaysian Insider