Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370
yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah
dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan.
Menurut akhbar The Sun, sumber yang rapat denfan FSB (badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu;
“Semua penumpang masih hidup, mereka telah dibahagikan kepada 7
kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan hampir tiada makanan,”.
Kenyataan itu bagaimanapun belum dapat disahkan sepenuhnya.
Kehilangan MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia.
Kapal berkenaan hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan
Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu
sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki
pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang
dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan
Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari
Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit
Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB
merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan
terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth,
Australia.
Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, kerajaan Malaysia
mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.
Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan
kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat
terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.
Pada peringkat ini, kesemua 239 anak kapal dan krew dianggap telah meninggal dunia.
Sumber: Mynewshub.my